Pakar Sublimation Jersi

Sublimation

Pakar Sublimation

AZ Printing membekal pakaian, peralatan niaga, dan produk siap sedia. Kami menggunakan reka bentuk pelanggan pada produk melalui percetakan sublimasi, percetakan skrin, percetakan hibrid, dan sulaman. Produk yang ditawarkan termasuk baju, jersi, banner, bunting, dan poster.

“Success is not a destination, but a journey.”

AZ Printing merupakan sebuah perniagaan yang menjual produk pakaian berasaskan proses ‘sublimation printing’. Syarikat ini diasaskan oleh Amirul Aiman pada penghujung tahun 2019. Beliau telah bergraduasi pada tahun 2021 dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dan Syariah dan dinobatkan sebagai penerima Anugerah Khas Keusahawanan Universiti pada Majlis Konvokesyen Ke – 19 USIM.

Seterusnya, beliau telah mengorak langkah dengan membuka perniagaan sublimation printing beliau sendiri yang dikenali sekarang sebagai AZ Printing dengan permulaannya bermodalkan rm50,000. AZ Printing menempuh ujian pertamanya ketika bulan keempat pengoperasian ketika wabak Covid19 melanda negara. Kini, AZ Printing berjaya melakar kejayaan pada tahun keempat penubuhannya bersama 24 pekerja bumiputera dan 10 pekerja asing serta 3 lot kedai baharu. Pada penghujung Disember 2023, syarikat ini berjaya menambah mesin percetakan baru bagi memenuhi tempahan pelanggan yang kian meningkat.

Aiman Zaihan

— CEO & Founder AZPrinting

Mesin Terkini

Berteknologi Tinggi

Di awal penubuhan AZ Printing, hampir semua gerak kerja dan proses pembuatan baju dilakukan secara manual. Proses pembuatan secara manual ini memerlukan sekurang kurangnya 7 orang pekerja mahir. namun seiring dengan perkembangan syarikat dan saranan kerajaan ke arah Revolusi Industri 4.0, AZ Printing mengambil langkah drastik dengan membeli sebuah Automated Laser Cutting Machine dan menggantikan sebuah Heat Transfer Machine yang lama kepada yang baru.

@azhauz Jom dapatkan baju jersey murah, cepat dan berkualiti sekarang!!! contact team kami untuk kami bantu REALISASIKAN DESIGN IMPIAN ANDA!!! #fyp #foryoupage #trending #sublimation #customjersey #kilangbajumurah #kilangsublimation #custombajujersey #sublimationprinting #kilangjersey #bajumurah ♬ Come Check This (Quickie Edit) - FETISH

Pilihan Terbaik

DESIGN PERCUMA

AZ Printing menyediakan lebih dari 400+ reka bentuk baju yang menarik sedia ada secara percuma. Syarikat juga tidak mengenakan bayaran untuk sebarang reka bentuk baju baru yang pelanggan inginkan.

SERVIS PANTAS

Syarikat mempunyai polisi untuk menghasilkan baju seawal 3 hari kepada pelanggan atau maksima 14 hari sebagai “Level of Service” (L.O.S) syarikat

PILIHAN KAIN YANG PELBAGAI

Syarikat mempunyai polisi untuk menghasilkan baju seawal 3 hari kepada pelanggan atau maksima 14 hari sebagai “Level of Service” (L.O.S) syarikat

KHIDMAT PELANGGAN YANG MESRA

Kakitangan syarikat dilatih dan bersedia untuk memberikan khidmat pelanggan dengan baik dan berdedikasi

Pertanyaan & Order
1